nuffnang

Tuesday, 21 October 2014

Resepi | Pop Corn Ayam

Assalamualaikum...

Amboi nama resepi...
Entah celah mana ada corn nya entah...
Bahahahaha...

Ha...
Hari ni aku nak bagi lagi satu resepi...
Macam biasa...
Kalau resepi yg aku share mestilah mudah dan praktikal...
Ye dok...???
Hehehe...
Bahan-bahan
2 keping burger ayam (frozen)
1 biji telur
1 sudu teh serbuk lada hitam (terpulang)
5 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung beras
2 sudu teh serbuk kari (terpulang)
2 sudu teh serbuk cili (terpulang)
1 sudu teh soda bikarbonat
Sedikit garam

Cara-cara
1. Biarkan burger ayam frozen dalam suhu bilik supaya ia boleh jadi lembut.
2. Asingkan kuning telur dan putih telur.
3. Campurkan tepung gandum, tepung beras, serbuk cili, serbuk kari, soda bikarbonat dan garam dalam satu bekas. Ketepikan dahulu.

4. Setelah burger ayam frozen dah tak jadi frozen. Atau dengan kata lain nya, sudah menjadi lembut. Campurkan burger ayam tadi dengan kuning telur dan serbuk lada hitam.



5. Kacau sehingga sebati.



6. Cubit kecil-kecil burger ayam tersebut dan celupkan ke dalam putih telur.




7. Ambil burger ayam yang telah dicelup ke dalam putih telur dengan menggunakan garfu. Ini bagi memudahkan untuk toskan putih telur.




8. Salutkan dengan campuran tepung tadi.




9. Kemudian goreng sehingga keemasan. Sedia untuk di makan.


Amacam...???
Emas tak aku punya pop corn...???
Kahkahkahkah...!!!
Ok, meh aku bagi tips senang sikit kat korang...
Tepung tu, korang boleh ganti dengan tepung goreng ayam segera...
So, korang tak payah la susah-susah nak campur serbuk kari cili semua bagai...
Pakai je yang instant tu...
Macam aku ni, kat rumah aku tak hidup pulak tepung instant tu...
Maka, terpaksa la buat sendiri...
Kedua, aku nak tanya korang...
Macam mana korang asingkan telur kuning dan putih...?
Ini cara aku...
Korang pecah kan sikit hujung telur...
Buat lubang kecik besar jari je...
Lepas tu korang tuangkan putih telur dalam bekas...
Pandai-pandai la kawal kuning telur tu supaya jangan keluar sekali...
So, korang dah berjaya mengasingkan putih dan kuning telur...
Senang kan...
Ok lah...!!!
Selamat mencuba...!!!

6 comments:

  1. mcm senang je..boleh cuba nie...hehe..

    ReplyDelete
  2. Nampak sedap... looks tempting.

    www.bidadarigojes.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. wah baru tau guna petty burger ayam je.. tq

    ReplyDelete
  4. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Oh ya, di sana anda bisa dengan bebas mendowload music, foto-foto, video dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete