nuffnang

Thursday, 16 October 2014

Resepi | Cucur Kembung

Assalamualaikum...

Haaa...
Lama tak bersua dengan anda, anda dan anda semua...
Aku di awal bulan hingga pertegahan bulan memang akan sibuk yang teramatlah sibuk...
Super duper sibuk...

Oleh sebab aku sibuk, aku suka masak benda yang simple-simple...
Lapar weh...
Tapi nak masak lama-lama tak larat...
Tapi, resepi yang aku nak bagi ni...
Sangat la simple...
Bahan-bahan pun mudah...
Sedap pulak tu...
Dah... Dah...
Mari kita...
Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
3 sudu besar gula (terpulang)
1/2 bungkus mauripan
Sedikit garam
Air
Cara-cara
1. Campurkan semua bahan dan kacau sampai jadi macam kita nak buat cucur.


2. Biarkan bancuhan sekurang-kurangnya 30 minit. Atau sehingga adunan naik.

3. Goreng macam kita goreng cucur ikan bilis. Masa tu, korang boleh tengok cucur ni kembang cantik je.


4. Mohon abaikan kuali aku yang tak berapa nak cantik itu. Angkat dan toskan. Seterusnya boleh dimakan begitu sahaja. Atau boleh colek dengan sambal sardin.


Rare tak gambar aku...???
Orang sibuk tangkap gambar makanan dalam pinggan cantik-cantik...
Aku tangkap gambar dalam tapis je...
Muahahaha...

Selamat mencuba...
Rugi weh tak cuba resepi senang macam ni...
Sedap...
Percayalah...

3 comments:

  1. ni lagi menu yg bakal ku tiru...eeee lala ni! huhu

    ReplyDelete
  2. thorbaiikkk...cucur kembung....tgk pun dah sedap...nak try la nanti..

    ReplyDelete