nuffnang

Monday 29 July 2013

Pengasuh oh Pengasuh - Episod 2

Assalamualaikum semua... 

Hari ni saya copy satu komen yang saya terima bagi satu entry saya dulu... Yang pasal pengasuh yang menyakitkan hati... Moga jadi ikhtibar pada semua... Terutama pada orang yang duduk kat Putrajaya...

Klik SINI untuk baca entry saya yang dahulu...

Saya pun baca sampai habis sebab hati tengah panas dengan ex-pengasuh! Sekarang dah 2 hari hantar kat taska, anak pun ceria bila balik rumah.
Saya pun nak share juga, moga orang lain boleh elak hantar anak kepada manusia2 ni. My ex-pengasuh ni kerjanya asik pinjam duit. Seminggu hantar anak dah pinjam ratus2, dua tiga hari lepas tu pinjam lagi. Nak dekat setahun jugak layankan perangai dia. Mak cik ni jaga budak2 ditolong oleh anak perempuan dia umur awal 20-an (dah kawin & dah ada baby lelaki)
Bab2 pinjam duit tu saya boleh tahan lagi walaupun budak2 lain yang dia jaga dah silih berganti. Tapi bila tahap keselamatan anak kita dah tak terjamin, saya decide keluarkan anak dari situ dari dgn segera.
Last week balik rumah nampak peha anak saya lebam besar, plus 2 lebam kecik. Esoknya saya nak tanya makcik tu kenapa lebam teruk anak saya, sampai2 rumah dah ada ibu lain yang anaknya jugak ada lebam2.. This parent sampai bawak anak pegi klinik sebab teruk lebamnya. Bila kami tanya jawapan makcik tu tak tahu, dia cuma dengar anak kami menangis.. Ok saya pun tak tengok budak sorang lagi tu macam mana lebamnya and saya pun anggap positif..maybe anak saya terjatuh. Then beberapa hari lepas tu ada lagi lebam kat badan anak saya. Kali ni kat tangan belah kanan ada 4 lebam.. Esoknya saya tanya still jawapan yang sama, dia tak tahu. Saya tak puas hati sebab dia tukarkan pampers anak & mandikan.. Takkan x nampak lebam2 tu.
Then saya tejumpa dgn ibu budak yang ada lebam jugak tu masa nak balik dari ambil anak dari rumah pengasuh. Saya dah google dan dapati lebam kat paha anak adalah kesan cubit. Bayangkan betapa kuat anak saya kena cubit, sampai kaler purple and merah (darah bawah kulit). Saya minta tengok gambar budak sorang lagi tu.. Ya allah.. Sedih sangat hati saya. Dah lah mata dia lebam macam kena tumbuk, pipi pun biru then belakang badan dia berbirat2.. Macam bekas kena sebat..

Saya pun dah jumpa doktor pakar kanak2 di hospital pakar bangi dan tunjuk gambar paha anak saya & tunjuk lebam kat tangan yang still ada lagi. Dr advise keluarkan anak dari situ sebab lebam pada mata, upper arm, paha dan especially belakang badan most probably adalah inflicted bukan accidental. And dr pun setuju kesan lebam kat paha anak saya adalah kesan cubitan. (Google pinch mark)
Esoknya apa lagi saya terus ambil beg anak saya semua dan katakan saya ada hal. Saya tak nak gaduh2 dengan makcik tu kat rumah dia. Yang penting anak saya keluar dari situ sebelum benda lagi buruk berlaku. Orang sakit mental je yang boleh cederakan budak2 kecik yang baru berumur setahun lebih. Kalau anak saya ada buat salah pun, janganlah buat sampai lebam2 macam tu.. Saya rasa bukan makcik ni yang buat tapi saya suspek anak makcik tu yang buat budak2 ni. Tapi kira mak cik ni bersekongkol lah jugak
Saya rasa nak buat report je, bukan nak tutup periuk nasi orang tapi ni dah kes child abuse. Janganlah budak2 lain yang kena, takut lagi teruk pulak.. Tadi saya lalu kawasan rumah pengasuh tu, anak saya terus merengek2 macam nak menangis, siap peluk saya kuat2.. Sedihnya saya anak sampai takut macam tu. Entah apalah diorang buat kat anak saya sampai lalu kawasan rumah pun dia dah phobia..
Kalau ada kawan2 nak hantar anak kat pengasuh di presint 5r4 mohon diorang selidik dulu. Jangan hantar kat ex-pengasuh saya ni. Dia duduk dengan anak lelaki dia kerja driver tapi saya tak ingat kementerian mana. Suami dia dah meninggal. Anak perempuan yang tolong dia mengasuh budak2 tu pun duduk sekali dengan dia. Mohon share dengan kawan2 lain yang duduk di presint 5
Ok... Bukan niat saya di sini nak kondem siapa yang hantar anak kat pengasuh... Tidak sama sekali... Sebab sekarang pun Amirah saya hantar kat pengasuh jugak... Lepas kejadian yang tak elok jugak berlaku di taska... 

Saya tak update apa-apa pun pasal kejadian taska tu di sini... Sebab ia terlalu melukakan hati saya... Cuma suami saya yang selalu update pasal kes taska ni dulu... Kalau nak baca, boleh pergi ke blog suami saya... PAPA BLOGGER... Tapi kena gali-gali lah semula entry dahulu kala...

Tapi apa yang saya nak highlight kan di sini... Betapa pentingnya kita sebagai ibu bapa, siasat keadaan pengasuh atau pun taska tempat kita hantar anak kita... Bila balik rumah lepas ambik anak, please make sure check keseluruhan badan anak kita... Tengok keadaan dia macam mana bila sampai rumah... Kelaparan ke... Kekenyangan ke... Atau apa-apa perbezaan pada anak kita... Selalu pantau itu semua... Jangan percaya bulat-bulat pada pengasuh atau taska... Walau macam mana baik pun layanan dia pada kita dan anak kita...

Sedangkan kita, ibu bapa kandung pun kadang-kadang boleh hilang sabar melayan kerenah anak-anak kita... Inikan pula orang yang tak ada pertalian dengan anak kita... Kita tak tahu apa yang dia buat pada anak kita sepanjang anak kita berada di bawah jagaan dia... Hanya dia, anak kita yang tak reti bercakap dan Allah sahaja yang tahu...

Inilah pengorbanan yang harus kita lalui sebagai ibu yang bekerja... Kita harus terima hakikat yang anak kita membesar bukan sepenuhnya di depan mata kita...

Wasalam...

 

2 comments:

  1. Thanks for sharing this sis. Actually, kat mana2 pun benda ni berlaku jugak. Kadang2 kita rasa cuak nak antar anak kat umah orang. Tapi, apakan daya kita keje, tak antar tak boleh jugak.

    Sama halnya dengan taska, kenit pun pernah alami benda yang sama tapi bukan dalam bab dera mendera. Cuma bab makan macam dipandang rendah oleh pihak taska.

    Apapun, dalam konteks sis membongkar isu ini tidak timbul langsung soal kondem mengondem kerana ia hal yang benar apatah lagi ia berlaku pada anak kita sendiri, sapa tak geram! Dan ini akan menjadi rujukan kepada ibubapa di luar sana supaya berhati2 dan sentiasa pantau kelakuan pengasuh kita. Kalau ada yang tak kena dgn anak, terus bawak anak kuar dari situ. Penat nak cari pengasuh lain itu lain citer asalkan anak kita selamat.

    Sorry terpanjang plak komen, tapi Kenit pun takleh terima jika anak sekecil itu dicubit2 dan diperlakukan sehingga lebam begitu.

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah ank lebih selamat bila berada di ru,ah saudara mara yg kita kenal..

    ReplyDelete