nuffnang

Tuesday 1 November 2011

Saya Sayang Abah...

Mungkin MAK lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tapi tahukah kita, sebenarnya ABAHlah yang mengingatkan MAK untuk menelefon kita?

Semasa kecil, MAKlah yg lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ABAH pulang bekerja dengan wajah yang letih ABAHlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian..
...
Saat kita sakit@demam, ABAH sering membentak "sudah diberitahu! jangan minum ais!".Tapi tahukah kamu bahawa ABAH sangat risau.??

Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. ABAH dengan tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bahawa ABAH hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ABAH, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.

Saat kita sudah di percayai, ABAH pun melonggarkan peraturannya. LALU kita telah melanggar kepercayaannya...Maka ABAHlah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau..

Setelah kita dewasa,ABAH telah menghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar..
Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, ABAH hanya mengerutkan dahi..Tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..ABAH adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..ABAH akan tersenyum dengan bangga..

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ABAH..ABAH sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ABAH melihat kita duduk di atas pelamin bersama pasangan..ABAH pun tersenyum bahagia..

Adakah kita tahu,bahawa ABAH sempat pergi ke belakang dan menangis?

ABAH menangis kerana ABAH sangat bahagia..Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya"..

Setelah itu ABAH hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali dtg untuk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita..TQ ABAH...


Sumber dari Facebook...

>>> Tiba-tiba mengalir air mata bila baca post ni... Nak-nak lagi bila sampai cerita pasal kahwin tu...(T_T)

2 comments:

  1. Salam perkenalan..
    Saya juga terharu membaca entry ini..

    ReplyDelete
  2. lala,boleh x nak tau cmne prosuder nak wat rayuan ngan BPH?

    ReplyDelete