nuffnang

Friday 11 November 2011

11.11.11...

Kebanyakkan wall fb hari ni penuh dengan status 11.11.11... Betul tak...???

Saya je tak update apa-apa status kat fb hari ni...

Hurm... Hari ni mesti ramai orang akad nikah kan... Sebab tarikh cantik... Hari pun jatuh hari Jumaat...

Kalau ikut perancangan awal masa mula-mula berniat untuk mendirikan rumah tangga dulu, tarikh hari ini menjadi pilihan hati... Bukan sekadar sebab tarikh ni cantik... Tapi, yang penting hari ni jatuh pada Hari Jumaat... Siapa yang baca post saya yang INI... Mesti tahu yang saya memang nak sangat jadi seorang isteri pada hari Jumaat... Penghulu segala hari...

Tapi, alhamdulillah... Allah mempercepatkan jodoh saya dan suami... Tak bagi kami semakin menambah dosa... Syukur alhamdulillah... Tarikh yang dipilih oleh Allah untuk menyatukan kami lebih bermakna dari tarikh hari ini...

Sekali lagi alhamdulillah... Sebab pada tarikh hari ni, saya dah ada satu nyawa dalam rahim saya... Itulah hikmah yang Allah berikan... Kalau dulu, saya masih berkeras nak berkahwin pada tarikh hari ni, mesti saya tak dapat merasai lagi pengalaman mengandung seperti sekarang... (^_^)

Syukur alhamdulillah...


>>>Tak sabar tunggu anak ibu lahir... Hari-hari asyik bergerak-gerak dalam perut ibu... Masa tengah taip post ni pun dia main-main dalam perut saya... Agaknya dia tau saya tengah cerita pasal dia dalam blog ni... Syukur Ya Allah atas pengalaman ini...

No comments:

Post a Comment