Assalamualaikum.
Hai. Bertemu lagi dalam post yang terbaru. Kah! Tak sangka aku akan update lagi entry untuk tahun ni. Hahaha! Lain macam ni. Aku dah berubah ke? Dah rajin update blog? Kah!
Tak ada benda penting sangat pun nak cerita kali ni. Tapi, saja nak berkongsi pengalaman. Kot la ada yang nak baca kan. Kot ada yang tengah cari-cari info ke. Untuk pengetahuan gitu. Sharing is caring beb!
Al kisahnya, cuti 4 hari lepas (8-11/09/2018), aku ajak suami aku pergi Farm In The City. Dekat sangat dengan rumah aku ni. 15 minit dah sampai. Cuma kalau jammed, sangkut la sikit dekat traffic light depan Giant Seri Kembangan tu. Dah nama pun LADANG DALAM BANDAR kan. Mestilah ada jammed sikit. Baru feeling feeling bandar. Kah!
Aku ajak pergi FITC (short form untuk Farm In The City) ni bukan apa. Aku sebenarnya rasa bersalah dengan anak aku. Hari tu sekolah dia ada buat rombongan pergi Taman Haiwan Lenggeng. Tapi aku tak bagi dia join rombongan tu. Adalah sebab-sebab tertentu yang menyebabkan aku tak bagi dia join. Pergi FITC ni kononnya nak buat surprise kat dia. Since kat sini pun boleh tengok haiwan-haiwan jugak. Plus, sangat la dekat dengan rumah aku. Apa lagi nak? Ini lah tempat yang paling strategik untuk aku cover balik rasa bersalah aku tu. Hahaha!
Aku pergi pada hari Isnin (10/09/2018) dengan harapan orang semua balik kampung. Kahkahkah! Cuti panjang kan, mestilah orang balik kampung. Tak pun bercuti jauh-jauh sikit.
Muka 3 beranak yang excited nak pergi FITC. Mengharapkan orang tak ramai. Kah! |
TAPI!
Harapan tinggal harapan. Hahahaha! Orang macam semut weh! Ramai gila! Nampaknya, bukan aku je yang berpendapat FITC ni tempat strategik. Haha!
Masa sampai tu, orang memang dah ramai sangat. Nak cari parking pun agak mencabar. Sebab parking kat dalam tu dah sah-sah memang penuh. Jadi, orang dah start parking tepi-tepi jalan raya dan kena jalan kaki agak jauh untuk sampai ke pintu masuk FITC.
Tapi, nasib kami baik hari tu. Orang yang jaga parking kat FITC tu sangatlah membantu. Kami dapat parking dekat area depan jalan masuk tu je. Kena jalan kaki tak jauh pun. Aku ni, kalau kena jalan kaki jauh-jauh, memang tak kuasa. Sebab tu gemuk. Kah!
Bila dah masuk kawasan FITC tu, korang akan jumpa kedai souvenirs dulu. Kat sini agak pack sikit la. Sebab itu jalan keluar dan masuk. Maksudnya, orang yang nak masuk pun ikut kedai tu. Orang nak keluar pun ikut kedai tu. Aku tak tahulah kot ada jalan lain. Mungkin aku tak perasan. Sebab ini first time kot aku pergi FITC ni. Kalau ada jalan yang lain. inform kat ruangan komen kat bawah ni tau. Poyo! Hahaha!
Masuk je pintu, dah ada yang menunggu. Terkedek-kedek dia jalan. Ada masa diam je. Tak bergerak-gerak. Walaupun orang usik-usik dia. Apa benda tu? Haaa! Ni ada gambar dia kat bawah.

Ini belum sampai counter ticket lagi. Kena turun tangga sikit. Lepas tu baru jumpa counter ticket. |
Ini harga untuk masuk FITC. Aku print screen dari laman web FITC je. Kah! Klik untuk gambar yang lebih besar. |
Masuk je pintu, dah ada yang menunggu. Terkedek-kedek dia jalan. Ada masa diam je. Tak bergerak-gerak. Walaupun orang usik-usik dia. Apa benda tu? Haaa! Ni ada gambar dia kat bawah.
Jujur cakap, ini 1st time aku pegang kura-kura. Tak pernah weh! |
Lepas tu ada sudut kitar hidup kura-kura. Macam-macam info boleh dapat kat situ. Nak terangkan kat anak-anak pun senang. |
Yang ni aku paling excited sekali. Tak tau kenapa. Hahaha! Mungkin sebab aku bayangkan macam mana kura-kura ni survive dari zaman dinosaur. Kahkahkah! |
Yang ni paling comel. Tapi sayang. Aku tak sempat record adegan dia turun dari cerun tu. Tapi memang comel gila! |
Ini kat kawasan burung-burung. Masuk kawasan ni, burung-burung memang dibiarkan bertebangan bebas. Sampai aku terjerit-jerit. Kahkahkah! Memang dasar sangat! Anak dengan mak sama naik je menjerit. Hahaha! Kat sini boleh bagi makan burung-burung ni. Ada pekerja FITC yang akan bantu. |
Ini pintu masuk ke kawasan pertanian gitu. Ini yang best kat FITC ni. Bukan setakat ada haiwan-haiwan je. Kat sini ada jugak tumbuhan-tumbuhan yang sebenarnya aku tak pernah jumpa pun. Macam gambar kat atas ni. Buah mentega! Buah apa tu weh??? |
Masa kat FITC, boleh pula terserempak dengan blogger-blogger lain. Ramai jugak yang ada masa tu. Tapi sempat snap picture dengan Cik Naa, Kak Leenda dan Wawa je. Yang lain hai hai dari jauh je. Sebab masa tu aku sibuk layan laki aku nak pegang arnab. Aih! Anak tak beria. Ayah yang beria-ia. Kahkahkah! |
Bagi la sikit gambar posing aku. Kahkahkah! Anak aku tu berfungsi untuk cover perut buncit aku je. Hahahahaha! Btw, tempat aku bergambar ni ialah jalan masuk untuk ke setiap kawasan. |
Ok. Itu je lah cerita aku sepanjang aku kat FITC ni. Banyak lagi perkara menarik kat sini. Tapi ada yang aku tak sempat nak snap picture. Oh! Yang paling penting. Lupa aku nak mention dalam cerita aku kat atas. Kat sini, memang boleh bagi haiwan-haiwan ni makan. Makanan-makanan haiwan memang dijual dalam kotak. So senang nak di bawa. Kalau tak silap aku, ada machine untuk beli makanan ni. Macam kita nak beli air gedegang tu. Macam tu la kita boleh beli makanan-makanan haiwan ni.
Best jugak kat tempat ni. Tak sia-sia tau pergi. Tapi untuk orang yang penakut macam aku dan anak aku, akan sedikit mengada-ngada la. Sana nak jerit. Situ nak jerit. Aku boleh lagi cover. Sebab malu kat orang. Anak aku lansung tak boleh cover. Hahaha.
Tapi, kalau anak korang jenis yang suka advanture, suka explore, tak takut dengan haiwan, tempat ni memang paling sesuai untuk korang bawak anak korang. Bukan setakat dapat tengok haiwan in real life. Boleh pegang dan belai-belai lagi haiwan tu. Dan boleh jugak dapat banyak info-info berguna untuk diceritakan pada anak-anak.
Owh! Lupa nak bagi video burung unta tu kan. Hold on! Bahasa inggeris sangat. Hahaha!
Wehhh! Video tu aku hutang dulu ok! Nanti aku edit balik post ni. Jangan marah aku! Ampun!
No comments:
Post a Comment