nuffnang

Thursday 21 June 2012

Teman Pengganti...


Dah pernah dengar lagu ni...???
Serius mantap...!!!
Dan sedih...:-(
Biasalah kalau MALIQUE buat lagu...
Penuh maksud yang mendalam...

Lagu ni gandingan MALIQUE dan BLACK...
Mengisahkan seorang suami...
Yang sedang sakit dan sedang tunggu masa untuk PERGI...
Dia pesan pada isterinya, untuk cari Teman Pengganti bila dia dah PERGI nanti...
Serius, setiap bait kata dalam lagu ni...
Menyentuh hati nurani saya...
Walaupun banyak rap dalam lagu ni...
Tapi, tetap boleh buat saya mengalirkan air mata...
Tak percaya, sila sulusuri bait-bait lirik ni...

ketawa bersama
menangis bersama
ku bersumpah harap kita
mati pun bersama

sejak dua menjak ini
makin kerap ku diganggu visi
bila celik, juga bila mimpi
aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
dia membelaimu dengan izin dan permisi
sentuhan katanya semuanya kau iakan
sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
aku redha walau tidak ku damba
walau hampa semuanya dah dijangka

beberapa purnama dulu cinta bertakhta
kenangan dibina kita indah belaka
ketawa bersama, menangis bersama
ku bersumpah harap kita mati pun bersama
namun hakikatnya, bukan mudah
aku sembunyikan gulana-gundah
segalanya kan berubah
dengarkan apa yang ku mahu luah

rahsia ini
telah lama aku pendamkan
tiba masanya
segala-galanya
kuceritakan
aku kan pergi
pergi ku tak akan kembali
tiba masanya
kau cari teman pengganti

dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
kita tak terlepas dari terkena tempias
rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
bila dunia seolah tak memahami
kau sudi selami, dalami dan mengalami

setia mendengar, sentiasa hadiir
ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
tiba pagi syawal, kaulah yang terawal
syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus kusingkap
ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
dalam diam ada, seorang yang kupuja
kau terisitmewa tapi DIA yang sempurna

rahsia ini
telah lama aku pendamkan
tiba masanya
segala-galanya
kuceritakan
aku kan pergi
pergi ku tak akan kembali
tiba masanya
kau cari teman pengganti

sejak dua menjak ini, kumencari fungsi kewujudan
dalam persekitaran yang penuh kejumudan
terperangkap dalam jasad, ku keliru
mujur ada kau si peneutralisasi pilu
namun aku tetap murung, berkurung
tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
komplikasi di halaman susuk kiri
makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri

lagu ini yang terakhir aku sajikan
kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
jaga diri, jangan makan hati
yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
bilik dah kukemas, katil dah kurapi
cincin, kunci, dompet dalam laci
ada sikit wang, itu saja baki
moga-moga cukup untuk majlis tu nanti

aku kan pergi
bertemu kekasih abadi
tiba masanya
kau cari teman pengganti


Ya Allah... Kau panjangkan usia suamiku...
Kurniakan kesihatan yang baik pada nya...
Amiiinn...

*Makin lama dengar, makin meremang bulu roma...

6 comments:

  1. best la lirik die.menyentuh hati.
    kalau org yg mengalaminya mst tangkap leleh nie.syahdu betol..

    ReplyDelete
  2. Ku tak rela tetapi siapa aku untuk menghalang takdir...

    ReplyDelete
  3. Btol ke org kata lagu ni mengisahkan tentang diri maliq sndiri yg kononnye dia tgh skit skrg..

    ReplyDelete
  4. salam...lagu nie memg sedih kan....
    same cm saya rase...sy baru kwin 9 bulan....
    bile dgar lagu nie sy trbyg muke hsband sy...mntk djauhkan....
    tq ye.... =)

    ReplyDelete