nuffnang

Monday, 25 April 2011

Bila Masa Yang Sesuai Untuk Edar Kad Jemputan Kahwin...???

Pagi-pagi dah taip entry... Bengang punya pasal... Ok...!!! Saya nak tanya awak semua...

Bila masa sesuai untuk kita edar kad jemputan kahwin...???

Mungkin ada yang cakap 2 minggu sebelum majlis...

Mungkin ada yang cakap sebulan sebelum majlis...

Mungkin ada yang terlebih advance sampai bagi 2 bulan sebelum majlis...

Actually... Bila masa yang betul-betul sesuai untuk edarkan kad jemputan tu...???

Pada saya, masa tu terpulang kepada bakal-bakal pengantin sendiri... Bila mereka rasa nak edarkan... Pandai-pandai la mereka adjust dan berfikir sendiri... Kalau terlalu cepat, mereka kena ambik risiko, orang mungkin akan lupa tarikh majlis mereka sebab kad jemputan dah bagi berbulan-bulan sebelum majlis...

Tapi, kalau bagi lambat sangat pun ada risiko... Orang mungkin tak dapat nak datang sebab mungkin orang lain dah ada agenda sendiri pada tarikh majlis tu...

Jadi, apa-apa pun... Cepat atau lambat pun bakal pengantin tu bagi kad, orang lain tak perlu sibuk-sibuk pasal hal kad... Kalau nak tanya, just tanya... Bila bakal pengantin tu cakap nanti dia bagi, maka iye kan saja... Sebab mungkin ada sebab tertentu yang menyebabkan bakal pengantin tu tak edar kad lagi... Jangan push bakal pengantin untuk bagi kad jemputan... Sebab awak akan menambahkan tension pada bakal pengantin... Awak bukan bakal pengantin, jadi awak tak akan tahu macam mana tensionnya dalam keadaan sekarang ni... Banyak lagi nak pikir selain dari kad jemputan... Yang penting awak dah tau tarikh majlis tu... So, SAVE THE DATE...!!!(Ok... Baru sekarang tau apa itu STD... Hahaha...) Kad jemputan cuma syarat... Tak menjadi hukum wajib pun... Kalau saya nak ajak secara lisan pun still ok kan...??? So, what's the problem...???

Gosh...!!! Salah time pulak orang nak cakap pasal hal kad dengan saya... Angin saya pagi ni tak berapa betul... So, please jangan tanya pasal kad jemputan saya... InsyaAllah... Saya akan edar... Jangan risau... Kawan-kawan saya akan dapat kad jemputan dari saya... Tunggu saja... Tak kan la saya nak lupakan kawan-kawan saya... Saya bukan kejam sebegitu rupa ok...!!!

7 comments:

  1. hehe..betul tu..adakah 3minggu sebelum boleh dikira tak lambat tak cepat?haha..terpulang pd pengantin la nak bagi bila kan..

    ReplyDelete
  2. KINA: tau xpe... yang penting jemputan 2 ikhlas kan...??klo bagi awal pun, tp xikhlas, xguna...betul x???

    ReplyDelete
  3. akak mane kad kawen utk kite?
    kah kah kah kah..
    (saje bikin panassssssss)

    ReplyDelete
  4. Good blog! You have described in a nice way.
    Thanks for sharing this information.
    kadkahwindiy

    ReplyDelete
  5. Good blog! You have described in a nice way.
    Thanks for sharing this information.
    kadkahwinonlinemalaysia

    ReplyDelete
  6. Good blog! You have described in a nice way.
    Thanks for sharing this information.
    kadkahwinonlinemalaysia

    ReplyDelete