Selamat pagi semua... Damn...!!! Hari ni punch card saya merah... 8.02... Sakit hati tak...??? Gara-gara lif berhenti pada setiap tingkat sebab nak turunkan orang... Kalau orang yang naik lif tu pun sama-sama baru datang dan nak kejar punch card macam saya, tak apa... Saya tak kisah pun... Tapi, mereka-mereka ni yang baru balik dari cafe... Baru balik dari beli makanan... Lepas tu dengan lenggang-lenggang kangkung masuk lif... Tekan setiap tingkat... Dah la masuk lif berlenggang kangkung... Keluar lif pun berlenggang kangkung... Sambil buat muka tak bersalah... Boleh tak consider pada orang yang nak kejar punch card macam saya ni...??? Atdoiyai...
Tengok...!!! Pagi-pagi saya dah 'angin' satu badan... Tak pasal-pasal je...
Masuk-masuk je ofis tadi, bukak FB... Tiba-tiba, semua orang suruh like page PA&MA... Ala... Majalah PA&MA tu... Rupa-rupanya nak suruh like gambar anak-anak kakak kat ofis ni... Bila tengok je gambar budak-budak tu, terus sejuk hati saya...
Dan dengan ini, saya nak mintak jasa baik awak semua untuk like jugak gambar mereka ni... Mak budak-budak ni masukkan anak mereka dalam contest 'AKSI LUCU SIMANJA'...
Siti Nurkhaira Binti Mohamad Zulkhairi |
Nasr Syamir Mikhail Bin Sukimin |
Comel kan...??? Untuk like gambar mereka, klik saja kat gambar atas ni... Then, akan terus link ke FB... Kalau tak boleh like lagi, like dulu page PA&MA tu... Then, baru boleh like gambar mereka ni...
Segala tindakan anda didahulukan dengan ucapan terima kasih...
(Ayat nak macam tulis surat rasmi je...)
Btw... Saya baru tukar layout blog saya ni... Bersama dengan header baru... Ikut tema majlis kahwin saya nanti... Cantik tak...???
(^_^)
lala...header lala sangat comel...
ReplyDeleteamy: hehehehe...tq...malu aii...
ReplyDelete