nuffnang

Saturday, 6 October 2018

Farm In The City

Assalamualaikum.

Hai. Bertemu lagi dalam post yang terbaru. Kah! Tak sangka aku akan update lagi entry untuk tahun ni. Hahaha! Lain macam ni. Aku dah berubah ke? Dah rajin update blog? Kah!

Tak ada benda penting sangat pun nak cerita kali ni. Tapi, saja nak berkongsi pengalaman. Kot la ada yang nak baca kan. Kot ada yang tengah cari-cari info ke. Untuk pengetahuan gitu. Sharing is caring beb!

Al kisahnya, cuti 4 hari lepas (8-11/09/2018), aku ajak suami aku pergi Farm In The City. Dekat sangat dengan rumah aku ni. 15 minit dah sampai. Cuma kalau jammed, sangkut la sikit dekat traffic light depan Giant Seri Kembangan tu. Dah nama pun LADANG DALAM BANDAR kan. Mestilah ada jammed sikit. Baru feeling feeling bandar. Kah!

Aku ajak pergi FITC (short form untuk Farm In The City) ni bukan apa. Aku sebenarnya rasa bersalah dengan anak aku. Hari tu sekolah dia ada buat rombongan pergi Taman Haiwan Lenggeng. Tapi aku tak bagi dia join rombongan tu. Adalah sebab-sebab tertentu yang menyebabkan aku tak bagi dia join. Pergi FITC ni kononnya nak buat surprise kat dia. Since kat sini pun boleh tengok haiwan-haiwan jugak. Plus, sangat la dekat dengan rumah aku. Apa lagi nak? Ini lah tempat yang paling strategik untuk aku cover balik rasa bersalah aku tu. Hahaha!

Aku pergi pada hari Isnin (10/09/2018) dengan harapan orang semua balik kampung. Kahkahkah! Cuti panjang kan, mestilah orang balik kampung. Tak pun bercuti jauh-jauh sikit.

Muka 3 beranak yang excited nak pergi FITC.
Mengharapkan orang tak ramai. Kah!

TAPI!

Harapan tinggal harapan. Hahahaha! Orang macam semut weh! Ramai gila! Nampaknya, bukan aku je yang berpendapat FITC ni tempat strategik. Haha!

Masa sampai tu, orang memang dah ramai sangat. Nak cari parking pun agak mencabar. Sebab parking kat dalam tu dah sah-sah memang penuh. Jadi, orang dah start parking tepi-tepi jalan raya dan kena jalan kaki agak jauh untuk sampai ke pintu masuk FITC.

Tapi, nasib kami baik hari tu. Orang yang jaga parking kat FITC tu sangatlah membantu. Kami dapat parking dekat area depan jalan masuk tu je. Kena jalan kaki tak jauh pun. Aku ni, kalau kena jalan kaki jauh-jauh, memang tak kuasa. Sebab tu gemuk. Kah!

Bila dah masuk kawasan FITC tu, korang akan jumpa kedai souvenirs dulu. Kat sini agak pack sikit la. Sebab itu jalan keluar dan masuk. Maksudnya, orang yang nak masuk pun ikut kedai tu. Orang nak keluar pun ikut kedai tu. Aku tak tahulah kot ada jalan lain. Mungkin aku tak perasan. Sebab ini first time kot aku pergi FITC ni. Kalau ada jalan yang lain. inform kat ruangan komen kat bawah ni tau. Poyo! Hahaha!

Ini belum sampai counter ticket lagi. Kena turun tangga sikit.
Lepas tu baru jumpa counter ticket.
Ini harga untuk masuk FITC. Aku print screen dari laman web FITC je. Kah!
Klik untuk gambar yang lebih besar.

Masuk je pintu, dah ada yang menunggu. Terkedek-kedek dia jalan. Ada masa diam je. Tak bergerak-gerak. Walaupun orang usik-usik dia. Apa benda tu? Haaa! Ni ada gambar dia kat bawah.

Jujur cakap, ini 1st time aku pegang kura-kura. Tak pernah weh!

Lepas tu ada sudut kitar hidup kura-kura. Macam-macam info boleh dapat kat situ. Nak terangkan kat anak-anak pun senang.

Yang ni aku paling excited sekali. Tak tau kenapa. Hahaha! Mungkin sebab aku bayangkan macam mana kura-kura ni survive dari zaman dinosaur. Kahkahkah!

Yang ni paling comel. Tapi sayang. Aku tak sempat record adegan dia turun dari cerun tu. Tapi memang comel gila!

Masuk kawasan ni, aku geli geleman. Mana tak nya. Masuk je pintu kawasan ni, dah berlingkar ular atas kepala. Mujur la ada kaca. Aku dok bayang kaca tu pecah je. Huwaaa! Eh! Sambil aku type ni pun, bulu roma aku berdiri tegak. Sebab geli tengok gambar atas ni.

Ini kat kawasan burung-burung. Masuk kawasan ni, burung-burung memang dibiarkan bertebangan bebas. Sampai aku terjerit-jerit. Kahkahkah! Memang dasar sangat! Anak dengan mak sama naik je menjerit. Hahaha! Kat sini boleh bagi makan burung-burung ni. Ada pekerja FITC yang akan bantu.

Ini pulak kat kawasan Savanna kalau tak silap aku. Apa maksud savanna eh? Padang rumput gitu ek? Ke bukan? Malas nak google. Kah! Kat sini kan, aku berpura-pura berani. Apahal nak tunjuk takut kat depan anak kan. Mestilah kena tunjuk berani. Walaupun dalam hati, Allah je la yang tau. Sebab apa aku takut? Sebab masuk je kawasan ni, haiwan-haiwan dia memang dibiarkan begitu je. Bukan tak ada orang jaga. Maksud aku, haiwan-haiwan ni tak diletakkan dalam kandang atau kurungan. Kita bebas untuk sentuh haiwan-haiwan ni. Mau aku tak takut kalau ada kambing dekat-dekat dengan aku? Cuma aku tak la jerit-jerit macam kat kawasan burung-burung tadi. Tadi aku tak dapat kawal macho dah. Kat sini aku berjaya kawal macho aku sampai keluar dari kawasan ni. Kahkahkahkah!

Ini pintu masuk ke kawasan pertanian gitu. Ini yang best kat FITC ni. Bukan setakat ada haiwan-haiwan je. Kat sini ada jugak tumbuhan-tumbuhan yang sebenarnya aku tak pernah jumpa pun. Macam gambar kat atas ni. Buah mentega! Buah apa tu weh???

Haaaa! Ini kawasan yang paling anak aku tunggu-tunggu. Kat sini boleh tangkap ikan. Tapi anak-anak ikan je lah. Tapi, masa aku sampai kat sini, ikan-ikan dah tak ada. Menyorok kat mana entah. Mau tak menyorok. Takut weh! Masing-masing semua excited nak tangkap ikan. Hahaha!

Ini kat kawasan burung kakak tua. Anak aku takjub tengok burung ni. Selama ni tengok dalam buku je. Kali ni dapat tengok betul-betul. Mau tak takjub? Kah! Tapi macam biasalah. Dia tetap takut. Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.

Guys! Tempat ni paling aku tak boleh blah! Kalau tadi ular-ular masih terpisah dengan aku oleh dinding-dinding kaca. Kali ni tak dah weh! Real dia bagi! Boleh pegang-pegang lagi! Oiiiiii!!!! Aku memang tak la weh. Kusmangat! Kat sini pun ada iguana jugak. Aduh! 

Alhamdulillah. Berjaya keluar dari tempat yang aku takut tadi. Kahkahkahkah! Kat sini tenang-tenang je. Aku pulak yang rasa nak kacau burung-burung ni. Hahahahaha! Dasar sangat mak orang ni. Burung merak tu kan, bila kita dekat dengan dia, sikit pun dia tak berganjak. Aku pulak yang cuak. Hahaha. Haiwan-haiwan kat sini aku rasa memang dah biasa dengan orang la.

Kawasan ni dah kat area jalan keluar masuk. Sebelum masuk, kalau nak tengok kawasan ni dulu pun boleh. Tapi aku pergi kat sini waktu dah nak keluar. Jarang-jarang dapat tengok kerbau warna putih. Laki aku kata ni kerbau balau. Ye ker weh? Aku tak sempat pulak baca info pasal kerbau ni masa kat situ. Yang burung unta ni pulak, ada sesuatu yang menarik pasal dia. Nak kata mistik pun boleh jugak. Nak tau apa dia? Tengok dalam video yang aku attach kat bawah ni nanti.

Masa kat FITC, boleh pula terserempak dengan blogger-blogger lain. Ramai jugak yang ada masa tu. Tapi sempat snap picture dengan Cik Naa, Kak Leenda dan Wawa je. Yang lain hai hai dari jauh je. Sebab masa tu aku sibuk layan laki aku nak pegang arnab. Aih! Anak tak beria. Ayah yang beria-ia. Kahkahkah!

Bagi la sikit gambar posing aku. Kahkahkah! Anak aku tu berfungsi untuk cover perut buncit aku je. Hahahahaha!
Btw, tempat aku bergambar ni ialah jalan masuk untuk ke setiap kawasan.
Ok. Itu je lah cerita aku sepanjang aku kat FITC ni. Banyak lagi perkara menarik kat sini. Tapi ada yang aku tak sempat nak snap picture. Oh! Yang paling penting. Lupa aku nak mention dalam cerita aku kat atas. Kat sini, memang boleh bagi haiwan-haiwan ni makan. Makanan-makanan haiwan memang dijual dalam kotak. So senang nak di bawa. Kalau tak silap aku, ada machine untuk beli makanan ni. Macam kita nak beli air gedegang tu. Macam tu la kita boleh beli makanan-makanan haiwan ni. 
Best jugak kat tempat ni. Tak sia-sia tau pergi. Tapi untuk orang yang penakut macam aku dan anak aku, akan sedikit mengada-ngada la. Sana nak jerit. Situ nak jerit. Aku boleh lagi cover. Sebab malu kat orang. Anak aku lansung tak boleh cover. Hahaha.

Tapi, kalau anak korang jenis yang suka advanture, suka explore, tak takut dengan haiwan, tempat ni memang paling sesuai untuk korang bawak anak korang. Bukan setakat dapat tengok haiwan in real life. Boleh pegang dan belai-belai lagi haiwan tu. Dan boleh jugak dapat banyak info-info berguna untuk diceritakan pada anak-anak.

Owh! Lupa nak bagi video burung unta tu kan. Hold on! Bahasa inggeris sangat. Hahaha!
 
Wehhh! Video tu aku hutang dulu ok! Nanti aku edit balik post ni. Jangan marah aku! Ampun!


Tuesday, 14 August 2018

Post Tiup Habuk

Fuh! Fuh! Fuh! Tiup habuk sikit.

Allah! Lama sangat dah tak update blog ni. Last post 2016 kot. Dua tahun dah tak update. Tak buka langsung pun sebenarnya. Hahaha!

Tujuan post hari ni sebenarnya nak tiup habuk je pun. Disebabkan dah lama tak buka blog ni, rajin pulak baca post-post lama. Weh! Macam tak sangka aku dulu jenis cerita macam-macam dalam blog. Hahaha! Lepas tu, ayat nak poyo. Kahkahkah!

Paling tak boleh blah sekali. Sambungan kronologi bersalinkan Amirah, sampai sudah aku tak sambung. Hahaha! Amirah dah nak masuk darjah satu dah weh tahun depan. Apahal cerita bersalinkan dia tak habis-habis? Hahaha!

Weh, tak payah cakap cerita bersalinkan Amirah lah. Post pasal majlis kahwin aku pun tak ada dalam ni weh. Hahaha! Padahal masa sebelum kahwin, bukan main asyik buat post DIY itu ini untuk majlis. Lepas majlis, satu post pasal majlis pun tak ada. Hahaha!

Adoi!

Eh! Macam sedap pulak type panjang-panjang guna keyboard ni. Lain macam feel dia. Apakah ini petanda untuk aku kembali ke arena blog? Ha tepuk! Kahkahkahkah!

Ah! Sudah lah! Aku nak sambung kerja. Bye korang! (ajet-ajet orang baca blog. hahahahahaha!)

Tuesday, 4 October 2016

Andainya Takdir | Anuar Zain


Biarlah tiada pesan dan janji
Biar tiada kau di sisi
Aku mengerti

Seterdaya semampuku
Kucoba menunggu
Biarlah lompang hatiku ini
Mengharap pulang kau yang pergi

Kembalilah kepadaku
Tika punah mimpi-mimpimu
Kembalilah di saat perlu
Episod-episod duka, biar berlalu

Biarlah waktu ini
Kau bebas berlari
Jika tersasar hilang arahmu
Pulang ke pangkal ku menunggu

Kembalilah kepadaku
Tika punah mimpi-mimpimu
Kembalilah di saat perlu
Episod-episod duka, biar berlalu

Biar sementara ini
Tiada terisi kekosongan hati
Diriku air tenang mengalir tuju muara
Andainya memang takdir, berakhir, kuredha

Kembalilah kepadaku
Tika punah mimpi-mimpimu
Kembalilah di saat perlu
Episod-episod duka

Kembalilah kepadaku
Tika punah mimpi-mimpimu
Kembalilah di saat perlu
Episod-episod duka oh biar berlalu