nuffnang

Tuesday, 27 March 2012

Apabila Ibu Boleh Memilih...


Anakku…
Apabila ibu boleh memilih “Apakah ibu berbadan langsing atau berbadan besar kerana mengandungmu?”, Maka ibu akan memilih mengandungmu..
Kerana dalam mengandungkan mu ibu merasakan keajaiban dan kebesaran Allah,Sembilan bulan nak…Engkau hidup di perut ibu, Engkau ikut kemana-mana pun ibu pergi, Engkau ikut merasakan ketika jantung ibu berdetak kerana kebahagiaan,Engkau menendang rahim ibu ketika engkau merasa tidak selesa, kerana ibu kecewa dan berurai air mata.

Anakku…
Bila ibu boleh memilih ”untuk ibu berjuang melahirkanmu”, Maka ibu memilih berjuang melahirkanmu..
Kerana menunggu dari jam ke jam, minit ke minit kelahiranmu,
Adalah seperti menunggu memasuki salah satu pintu syurga,
Kerana kedahsyatan perjuanganmu untuk mencari jalan keluar ke dunia sangat ibu rasakan,Dan saat itulah kebesaran Allah menyelimuti kita berdua, Malaikat tersenyum diantara peluh dan erangan rasa sakit,Yang tak pernah dapat ibu ceritakan kepada sesiapa pun,Dan ketika engkau hadir, tangismu memecah dunia.Saat itulah…saat paling membahagiakanSegala sakit & derita hilang melihat dirimu yang merah,Mendengarkan ayahmu mengumandangkan azan,
Kalimat syahadat kebesaran Allah dan junjungan kita Rasulullah di telinga kecilmu.

Anakku…
Apabila ibu boleh memilih “apakah ibu tidur lena, atau harus bangun tengah malam untuk menyusuimu?”,
Maka ibu memilih menyusuimu, Kerana dengan menyusuimu ibu telah membekalkan hidupmu dengan titisan-titisan dan tegukan – tegukan yang sangat berharga,
Merasakan kehangatan bibir dan badanmu didada ibu dalam pelukan ibu,Adalah sebuah rasa luar biasa yang orang lain tidak dapat rasakan.
Anakku…
Bila ibu boleh memilih “duduk menonton tv atau duduk di lantai menemanimu menempelkan puzzle”

Maka ibu memilih bermain puzzle denganmu,Tetapi anakku…Hidup memang pilihan…Jika dengan pilihan ibu, engkau merasa sepi dan merana,Maka maafkanlah nak…
Maafkan ibu…
Maafkan ibu…
Percayalah nak, ibu sedang menyempurnakan puzzle kehidupan kita,Agar tidak ada satu keping pun bahagian puzzle kehidupan kita yang hilang
Percayalah nak…
Sepi dan ranamu adalah sebahagian duka ibu
Percayalah nak…
Engkau adalah selalu menjadi belahan nyawa ibu…

>>> Credit untuk sahabat saya...

Saturday, 24 March 2012

Susu Terakhir Buat Si Kecil...



Kisah yg amat menyayat hati dan pastinya akan menyentuh naluri keibuan kita…bacalah.

Kisahnya perihal satu keluarga yang mengalami kemalangan ngeri. Kereta yang mereka naiki terbabas, berpusing, melanggar pembahagi jalan lalu terperosok ke dalam longkang. Dalam kejadian ini, kereta itu remuk teruk dan penumpangnya mengalami kecederaan parah. Cermin hadapan habis retak berderai. Tidak ditekankan keadaan pemandunya. Tetapi saya fikir, pemandunya menemui ajal di situ juga.

Mahu diceritakan, penumpang yang duduk di sebelah pemandu mengalami kecederaan yang sangat parah. Wajahnya habis berlumuran darah. Dahinya terkopek sehingga menonjolkan tulang tengkorak. Mungkin juga akibat terhantuk pada papan pemuka kereta ditambah dengan pecahan kaca cermin hadapan. Ajaibnya kuasa Tuhan, bayinya selamat tetapi terpelanting ke kerusi belakang. Bayi kecil yang tidak tahu apa-apa itu meraung dan menangis. Mungkin kerana kesakitan, kesedihan, terkejut dan sebagainya.

Sewaktu anggota bomba itu mengambil dan mahu menyelamatkan si kecil tadi, ibunya terketar-ketar dan menggigil sambil memberi isyarat kepada beliau. Subhanallah, rupa-rupanya si ibu tadi mahukan bayinya bagi disusukan. Diselak bajunya dengan sedaya upaya dan disusukan si kecil itu dengan penuh rasa sayu, pilu dan kasih sayang.

Si kecil senyap di dalam dakapan ibunya. Betapa nyamannya dakapan ibu itu sehingga mampu menenangkan si kecil yang ketakutan. Dengan kuasa dan izin Allah, ibu itu tiba-tiba tercungap-cungap mencari nafas, tanda ajalnya yang semakin hampir. Lalu terkapailah si ibu dalam keadaan yang penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang itu. Ya Allah, betapa pilunya situasi itu sehingga merenggut ketenangan anggota bomba tadi.

Itu lah dia kasih sayang seorang ibu. Walau dalam keadaan bertarung nyawa dan menahan kesakitan, masih tidak melupakan tanggungjawab sebagai seorang ibu...menyusukan anak di saat-saat akhir hidup nya. Subhanallah...

>>> Ya Allah... Panjangkanlah umurku demi anak ku... Amiiinnn...